Jumat, 24 Desember 2010

KAPANKAH KIAMAT TERJADI.??

Dalam hadith, dikatakan
kiamat jatuh pada hari
Jumaat. Dari Abu
Hurairah radiyaLLahu
anhu bahawa RasuluLLah
sallaLLahu 'alaihi
wasallam telah bersabda
(yang bererti ) "Sebaik-
baik hari yang terbit
matahari padanya adlaah
hari Jumaat. Pada hari
itulah Adam dicipta, pada
waktu ini pula
dimasukkan dalam syurga
dan waktu itu juga dia
dikeluarkan daripadanya.
Hari kiamat tidak akan
terjadi kecuali pada hari
Jumaat." (Hadith Riwayat
Muslim, Abu Daud, Nasa'i
serta Tirmidzi yang
mengesahkannya)
Dari Ibnu Abbas r.a
berkata Rasulullah S.A.W
bersabda : " Sesiapa yang
berpuasa pada hari
Aasyura (10 Muharram)
maka Allah S.W.T akan
memberi kepadanya
pahala 10,000 malaikat
dan sesiapa yang
berpuasa pada hari
Aasyura (10 Muharram)
maka akan diberi pahala
10,000 orang berhaji dan
berumrah, dan 10,000
pahala orang mati syahid,
dan barang siapa yang
mengusap kepala anak-
anak yatim pada hari
tersebut maka Allah
S.W.T akan menaikkan
dengan setiap rambut
satu darjat. Dan sesiapa
yang memberi makan
kepada orang yang
berbuka puasa pada
orang mukmin pada hari
Aasyura, maka seolah-
olah dia memberi makan
pada seluruh ummat
Rasulullah S.A.W yang
berbuka puasa dan
mengenyangkan perut
mereka."Ă‚Lalu para
sahabat bertanya
Rasulullah S.A.W : " Ya
Rasulullah S.A.W, adakah
Allah telah melebihkan
hari Aasyura daripada
hari-hari lain?". Maka
berkata Rasulullah
S.A.W : " Ya, memang
benar, Allah Taala
menjadikan langit dan
bumi pada hari Aasyura,
menjadikan laut pada
hari Aasyura, menjadikan
bukit-bukit pada hari
Aasyura, menjadikan Nabi
Adam dan juga Hawa
pada hari Aasyura,
lahirnya Nabi Ibrahim
juga pada hari Aasyura,
dan Allah S.W.T
menyelamatkan Nabi
Ibrahim dari api juga
pada hari Aasyura, Allah
S.W.T menenggelamkan
Fir'aun pada hari
Aasyura, menyembuhkan
penyakit Nabi Ayyub a.s
pada hari Aasyura, Allah
S.W.T menerima taubat
Nabi Adam pada hari
Aasyura, Allah S.W.T
mengampunkan dosa
Nabi Daud pada hari
Aasyura, Allah S.W.T
mengembalikan kerajaan
Nabi Sulaiman juga pada
hari Aasyura, dan akan
terjadi hari kiamat itu
juga pada hari Aasyura

Tidak ada komentar:

Posting Komentar